Friday, January 01, 2010

Salam 1 Malaysia 2010

Saya ingin mengambil kesempatan sempelna tahun baru 2010 ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010..
Dengan ini saya berharap anda semua berada dalam keadaan sihat sentiasa disamping ceria dengan kehidupan seharian.Hidup ini umpama roda yang sedang berputar dengan laju,kita tidak sentiasa berada di atas.Apabila kita berada di bawah kelak mestilah kita ingat bahawa hidup ini ialah pinjaman dari Maha Pencipta.Kita tidak haruslah berasa gundah-gulana tetapi kita perlu lebih menguatkan amal ibadat kita kepada Rabbul Ilahi.

Apabila kita berada di atas pula,kita tidaklah melupakan jasa orang di bawah kita yang bersama-sama bertungkus lumus demi memajukan syarikat,organisasi ataupun berniaga sendiri.Kita perlulah lebih mendekatkan diri kepadaNYA kerana rezeki yang diperoleh itu datang daripadaNYA.

Sayangi ALLAH,Nabi Muhamad s.a.w,Islam,keluarga,sahabat handai,rakan-rakan,jiran tetangga,saudara mara dan jangan ketinggalan iaitu diri kita sendiri.

Sekian,
Wassalam.

2 comments:

amirah said...

salam 1 malaysia kembali abg chaq

Aidi-Safuan said...

selamat tahun baru~