Wednesday, December 30, 2009

Meneroka ke Alam Ghaib

Alam Ghaib bukanlah asing bagi kita semua,alam ghaib ialah alam yang tidah dapat dilihat oleh mata kasar.Hanya orang yang mempunyai kelebihan yang di anugerahkan oleh ALLAH S.W.T hanya mampu melihatnya.Akan tetapi bukan semua orang yang memunyai ilmu kebatinan hanya mampu melihat,kadang kala insan biasa seperti kita juga mampu melihatnya.Kisah saya pada kali ini berkisarkan tentang asal usul 'bunian' , 'pontianak' ataupun 'langsuir',ianya berasal dari jin yang mendiami alam ini bersama-sama dengan kita.
Pontianak juga mempunyai kasta atau darjat sesama mereka,ada pontianak yang mempunyai rupa paras yang cantik dan ada juga mempunyai rupa yang hodoh.Ini bergantung kepada kasta-kasta usul asal mereka.
Berbalik kepada bunian,di Kedah,perkampungan bunian atau jin ini berada di kawasan Gunung Jerai iaitu di daerah Yan.Sumber yang saya dapati ialah terdapat banyak kawasan perkampungan jin di sana dan kawasan perkampungan mereka dapat digambarkan seperti dalam filem 'Lord Of The Ring' dan pakaian mereka seperti pakaian bangsawan pada zaman dahulu kala.
Jin juga tidak ketinggalan zaman kerana mereka mempunyai bandar sendiri.Bandar mereka di Kedah terletak bertentangan dengan Pacific The Store di Alor Setar,ianya berhampiran dengan Lorong Titi Siam.
Setakat ini saja penerokaan para pembaca bersama saya,insyaallah saya akan melanjutkan penulisan ini demi paparan dan pengetahuan para penbaca sekalian.

Tuesday, December 29, 2009

Yahudi Cemburui Islam

Tahukah anda,mengapa yahudi sangat marah terhadap orang Islam?
Hanya ada dua(2) sebab sahaja yang menyebabkan Yahudi menjadi sebegitu ganas:
1.Salam yang diucapkan ketika bertemu.
2.Amin yang di aminkan oleh makmum ketika imam habis membaca surah Fatihah.

Kesimpulannya,mengapakah umat Islam suka ucapkan 'hai','hello', dan bermacam lagi apabila bertemu? Kolot sangatkah kalimah ASALAMUALAIKUM pada diri umat Islam?Dewasa ini,masjid-masjid sunyi dari dikunjungi oleh umat Islam melainkan pada solat Jumaat.Hal ini menyebabkan kurangnya makmum untuk mengaminkan Fatihah yang di baca oleh imam pada wakyu solat MAGHRIB,ISYAK,dan SUBUH..Persoalannya,mahukah kita melihat Yahudi terus menindas umat Islam?

Ayuh bangkitlah wahai umat Islam sekalian!!
Bangun untuk menguatkan ihsan,iman dan Islam kita.

Waktu Mustajab Berdoa

Selain usaha dan tawakal,doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat.Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t.
Di antaranya ialah:-
1.Semasa malam Lailatul-Qadar.
2.Ketika hujan turun.
3.Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4.Ketika menghadap musuh di medan peperangan.
5.Di tengah malam.
6.Diantara azan dan iqamah.
7.Ketika sujud dalam solat.
8.Ketika iktidal akhir dalam solat.
9.Ketika khatam 30 Juzuk Al-Quran
10.Sepanjang malam,paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir(waktu sahur)
11.Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharap bersua dengan saat ijabah(diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12.Di antara waktu Zuhur dan Asar dan antara waktu Asar dan Maghrib.

Apa Sebenarnya Stress?

Tindak balas individu terhadap satu peristiwa yang berlaku yang memerlukan individu tersebut membuat penyesuaian dalam dirinya mahupun persekitaran.Stress merupakan sebahagian dari kehidupan dan kita tiak boleh lari dari mengalaminya.Lebih 10% daripada kita mengalami stress dalam kehidupan seharian. Stress berbeza antara seseorang individu.Stress yang baik ialah stress yang optimum untuk memberi stimulasi dan motivasi dalam kehidupan seharian.

PUNCA-PUNCA STRESS:-
*Cita-cita yang tidak realistik.
*Peristiwa masa lampau.*Penceraian/kematian/putus hubungan.
*Bebanan kerja yang keterlaluan.

Simtom Stress:-
*Fizikal
a.sakit kepala/pening/tidak lalu makan.
b.tekanan darah naik.
c.masalah haid/seksual.
d.selalu berdebar.

*Ganguan emosi
a.mudah marah.
b.berasa sedih.
c.masalah tidur(insomnia).
d.cepat putus asa.

*Ganguan fikiran
a.fikiran bercelaru/hilang fokus/pelupa.
b.was-was/sukar buat keputusan/ragu-ragu

*Perubahan tingkah laku
a.pengunaan arak/dadah/makan berlebihan/merokok berlebihan.
b.tindakan melulu/mengasingkan diri.
c.lepak/bohsia/lari rumah.

CARA MENGATASI STRESS:-
-menyedari kewujudannya.
-kenali punca2 stress.
-bijak kendali masa.
-amalkan cara hidup sihat.
-bijak kawal perasaan marah
belajar menyayangi diri.
-mengamalkan ciri2 moral/keagamaan.

Mencari keturunan Daeng 5 saudara

Assalamualaikum...Saya sedang mencari salasilah Keturunan Daeng 5 Bersaudara yang berada di seluruh Nusantara dan Asia Tenggara..Jika anda berasal dari keturunan Daeng sila add dalam blog ini supaya senang untuk berhubung....