Wednesday, December 30, 2009

Meneroka ke Alam Ghaib

Alam Ghaib bukanlah asing bagi kita semua,alam ghaib ialah alam yang tidah dapat dilihat oleh mata kasar.Hanya orang yang mempunyai kelebihan yang di anugerahkan oleh ALLAH S.W.T hanya mampu melihatnya.Akan tetapi bukan semua orang yang memunyai ilmu kebatinan hanya mampu melihat,kadang kala insan biasa seperti kita juga mampu melihatnya.Kisah saya pada kali ini berkisarkan tentang asal usul 'bunian' , 'pontianak' ataupun 'langsuir',ianya berasal dari jin yang mendiami alam ini bersama-sama dengan kita.
Pontianak juga mempunyai kasta atau darjat sesama mereka,ada pontianak yang mempunyai rupa paras yang cantik dan ada juga mempunyai rupa yang hodoh.Ini bergantung kepada kasta-kasta usul asal mereka.
Berbalik kepada bunian,di Kedah,perkampungan bunian atau jin ini berada di kawasan Gunung Jerai iaitu di daerah Yan.Sumber yang saya dapati ialah terdapat banyak kawasan perkampungan jin di sana dan kawasan perkampungan mereka dapat digambarkan seperti dalam filem 'Lord Of The Ring' dan pakaian mereka seperti pakaian bangsawan pada zaman dahulu kala.
Jin juga tidak ketinggalan zaman kerana mereka mempunyai bandar sendiri.Bandar mereka di Kedah terletak bertentangan dengan Pacific The Store di Alor Setar,ianya berhampiran dengan Lorong Titi Siam.
Setakat ini saja penerokaan para pembaca bersama saya,insyaallah saya akan melanjutkan penulisan ini demi paparan dan pengetahuan para penbaca sekalian.

No comments: