Sunday, September 19, 2010

Ramadhan Yang Telah Berlalu...

Aku berasa sungguh singkat pada Ramadhan kali ini.Pejam ceik,pejam celik dah masuk Syawal pon.Aku sempat berpuasa di KL selama 4 hari.Lagi 26 hari aku berpuasa di kampung halamanku di Alor Setar.Banyak pengalaman baru telahku lalui sepanjang Ramadhan lalu...

Tunggu sambungan cerita ye...

Saturday, July 10, 2010

Jangan Baloq la CHAQ oi !!!

CHAQ O CHAQ...
apa la nak jadi ngn hg ni chaq oi...
awai2 dulu lecturer bg assignment soh buat hg baloq...
la ni dah dekat due date baru hg nak gelabah bewak...
apa la nak jadi ngn hg ni chaq oi...
sekali hg melangakah,jangan pusing balik la...

CHAQ O CHAQ...
assignment OSH ngn IT hg x buat lg...
bila la hg nak buat oi?
jgn jadi penyegan la...
power point 4 IT,OSH,AGAMA ngn P.MALAYSIA pon hg x buat lg...
dah la benda tu grouping...
kesian la kat kawan2 hg tu...

CHAQ O CHAQ...
jgn hampakan harapan ibu ngn abah hg la chaq oi...
kesian kat depa...
bak kata org nogori...
perabih boreh ja ekau ni...
jgn la buat cm ni chaq oi...

CHAQ O CHAQ...
Steady la woi...
jgn patah semangat...
kalau ada masalah kecik2 tu...
tolak tepi dulu...
dah nak FINAL dah chaq oi...
dah masuk study week dh pon...

CHAQ...
tabahkan semangat...
ingat kat ibu abah...

BUAT YANG TERBAIK CHAQ !!!
pesanan buat diriku...

Tuesday, June 01, 2010

PALESTINE SAUDARA KITA YANG SEDANG DITINDAS

Mengapa tiada satupun negara islam dalam OIC tidak berani mendakwa Israel 'laknatullah' ke muka pengadilan??? jawapan ramai pemimpin negara islam ialah 'kita mempunyai banyak perniagaan dengan Israel & Amerika,negara islam juga banyak meminjam wang dari ZIONIS LAKNATULLAH N SEKUTUNYA....
There are 5 no's that israel announce n consider as strategies;
1.NO FOR ESTABLISHMENT OF THE PALESTINIAN STATE ON THE 1967 BORDERS.
2.NO FOR JURUSALEM AS THE CAPITAL OF THE PALESTINIAN STATE.
3.NO FOR THE RETURN OF THE REFUGEES.
4.NO FOR THE STOP OF THE WAR AND SETTLEMENTS.
5.NO FOR RELEASE OF PRISONERS.
So what shall we negotiate about with the israelis???

APA PERANAN KITA??
-SEBARKAN MAKLUMAT TENTANG PALESTINE
-BOIKOT BARANGAN ISRAEL & U.S
-HULURKAN DANTUAN KEWANGAN
-DOA DAN TERUS BERDOA KERANA DOA IALAH SENJATA BAGI ORANG MUKMIN.

Maklumat yang saya dapati dari Dr Jamnul Azhar semasa beliau pergi ke Gaza bersama Dr Sheikh Muzafar ialah selama 4 hari mereka berada di sana,terdapat 80 orang terpaksa dipotong kedua belah kaki mereka akibat terkena sepihan bom.. Dalam misi kedua mereka akan membawa pulang anak2 yatim palestine,tetapi mereka perlu membayar kepada Israel sebanyak USD5000 tidak termasuk pasport dan tambang penerbangan.

APA SALAH PENDUDUK PALESTINE???
1.KERANA MEREKA MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH.
2.KERANA MEREKA MAHU MENUNTUT TANAH AIR MEREKA
salah mereka hanyalah 2 perkara tersebut,akibatnya mereka di bom setiap hari..
AYUH BANGKITLAH WAHAI MANUSIA YANG MEGGUCAP ASHHADUALLAILAHAILLALLAH WAASHHADUANNA MUHAMMADUL RASULALLAH!!!! AYUH BANGKIT!! BANGKIT!!

Apa yang akan berlaku pada Palestine jika peperangan tidak dihentikan???1.Banyak harta benda akan musnah
2.Ramai anak menjadi yatim piatu
3.Ramai wanita menjadi ibu tunggal
4.Bekalan makanan tidak mencukupi
YANG TERAKHIR....Bangsa Palestine akan berkurangan dan lupus diakibatkan penggunaan bom phosphorus.

Wednesday, March 31, 2010

Perokok ada saham dalam pembunuhan saudara SEISLAM di Palestine.

Penulisan saya ada kali ini ditujukan khas buat perokok-perokok tegar di luar sana.Setiap batang rokok yang dihisap sedar atau tidak anda sebagai perokok merupakan pembeli peluru kepada pihak ISRAEL untuk menembusi dada ,kepala dan anggota badan lain buat saudara seislam kita di Palestine.Syarikat-syarikat rokok besar dunia seperti MARLBORO,BENSON & HEDGES,DUNHILL dan banyak lagi merupakan penyumbang dana utama kepada ISRAEL laknatullah.

gambar anak2 Palestine yang mati.

Sihir Menyebabkan Kepapaan dan Kekafiran.

Sihir juga disebut sebagai gangguan makhluk halus oleh sesetengah pengamal perubatan.Sihir terbahagi kepada tiga (3) iaitu dihantar,lintasan dan saka.Dalam ketiga-tiga kategori ini,lintasan mudah untuk disembuhkan jika dibandingkan dengan dihantar mahupun saka.


Maksud dihantar bukannya tertumpu ianya dihantar melalui terus,ada kes di mana sihir ini dihantar menggunakan elemen semulajadi iaitu angin.Jin merupakan egen utama yg membawa santau tersebut mengenai mangsanya.Santau juga ada pilihan bagi pemangsa mengupah dukun @ bomoh untuk menyantau mangsanya.Ada juga santau angin dan santau makanan.Kebiasaanya,santau angin selalu di gunakan oleh "pemangsa" bagi menyantau mangsanya kerana kaedah yang digunakan amat mudah dan ianya hanya perlu di hantar menggunakan angin jika dibandingkan dengan sautau makanan yang perlunya "pemangsa" meletakkan santau tersebut di dalam makanan yang hendak dijamah oleh mangsa. Biasanya,jika sihir menggunakan angin ialah santau angin yang amat merbahaya kepada mangsa yang terkena.Ada kalanya mangsa yang terkena santau ini bukannya mangsa yang sebenar,dia merupakan mangsa keadaan oleh kerana pada masa tersebut badan mangsa berada dalam keadaan yang tidak kuat atau tidak suci.


Saka ialah sesuatu benda yang di wariskan oleh waris kepada pewarisnya.Dalam merencanakan soal sihir ini,saka merupakan ilmu hitam yang digunakan oleh waris sejak beratus-ratus tahun dahulu dan diperturunkan kepada pewaris yang layak dan serasi dengan ilmu tersebut.Dahulunya,dari segi kesetiaan,saka yang digunakan oleh waris diturunkan kepada anak sulung yang dimana menampakkan kesetiaan seorang anak bagi mengambil apa yang mahu diperturunkan oleh ayahnya untuk melihat ayahnya melepaskan nafas terakhir dengan mudah.Sekarang ini,anak-anak sedah dihantar untuk mempelajari soal agama dan anak-anak tersebut tidak lagi mahu untuk menjadi pewaris kepada apa yang mahu diperturunkan oleh waris mereka.


Lintasan merupakan makhluk halus yang menumpang untuk mendiami badan seseorang tersebut.Kebiasaanya lintasan mudah untuk diubati jika dibandingkan dengan dihantar dan saka.Bagi sesetengah kes,lintasan makhluk halus ini boleh dilihat dengan mata kasar kerana mangsa tersebut akan kelihatan aneh dan ada kalanya mereka dilihat seperti orang tua yang membongkok,mempunyai rambut panjang yang mengurai dan lain-lain sedangkan pada relitinya tidak kelihatan.


Hasil kajian dan pemerhatian yang saya lakukan,sihir boleh menyebabkan kepapaan dan kekafiran mangsa yang terkenanya kerana mangsa sanggup berhabisan beribu-ribu ringgit bagi menyembuhkan diri selepas mencuba perlbagai cara moden dan menggunakan alatan moden untuk mengesan penyakitnya.Dari segi kekafiran tersebut ialah mangsa yang terkena sihir akan pergi berjumpa dengan perlbagai jenis ragam pengamal perubatan alternatif.Adakalanya pengamal perubatan ini menggunakan ilmu yang bertentangan dengan syariat ISLAM dimana boleh menyebabkan syirik kepada ALLAH s.w.t.Pesanan saya kepada "pemangsa" yang menjadikan mangsa sebagai pemuas nafsu yang didorong oleh syaitan yang menyebabkan akidah mangsa anda boleh terpesong dan anda telahpun menghampiri syirik dan sihir yang merupakan pecahan dosa-dosa besar sebagai seorang mukmin.Sudahlah dengan dosa sihir,syirik dan jika mangsa tersebut mati disebabkan oleh sihir yang digunakan dan membawa kepada maut,anda juga telah melakukan dosa sebagai seorang pembunuh.NAUZUBILLLAH.




Saya menyeru kepada penyihir,kembalilah anda kepada jalan yang benar dan agama yang hanya diterima oleh ALLAH S.W.T iaitu agama ISLAM.Tinggalkan amalan yang membawa kepada goyahnya akidah kita kepada ALLAH.Marilah bertaubat dan menyesali segala perbuatan yang telah kita lakukan dahulu.ALLAH azawajalla sentiasa menbuka ruang bagi umatnya memohom ampun.Sesungguhnya ALLAH S.W.T merupakan  maha pengampun lagi maha penyayang kepada makhluknya.









Thursday, February 18, 2010

Tawaran Istimewa Arnab Teddy Bear...!!!





Tawaran istimewa baka arnab Teddy Bear..
Seekor rm 220..
Sepasang  rm 400..
Pelbagai warna yang menarik,arnab berusia dua bulan,sangat sihat,bulu yg istimewa...
Arnab sebagai mana yang dilihat dalam gambar..
Set Arnab sepasang rm500..Sekali dengan makanan 1kg dan Sangkar..



Wednesday, January 13, 2010

Sukatan Lama Yang Jarang Lagi Digunakan

Adakah kita mengetahui cara sukatan beras dan padi secara tradisional.Sukatan tradisional sudah hilang dalam perkembangan arus globalisasi sekarang.Dahulu orang tua-tua menggunakan sukatan seperti kepul,kal,cupak,gantang,nalih,kunca dan sebagainya untuk menimbang berat sesuatu barang untuk tujuan jual beli.Akan tetapi semua sukatan itu tidak lagi digunakan dan telah di gantikan dengan sistem matrix ciptaan barat dengan menukar nama semua sukatan tradisional kepada milligram,kilogram dan tan bagi sukatan berat sesuatu barang.Di sini saya ingin berkongsi pengetahuan tentang sukatan padi dan beras secara tradisional bersama para pembaca budiman sekalian.

        





       
         1 kati             =           600gram

         1 tahil             =           38 gram

         4 tahil            =            150 gram

        8 tahil             =            300 gram

        2 kepul          =            1 kal (450 gram)

        2 kal              =            1 cupak (900 gram)

       4 cupak          =            1 gantang(306 kilogram)

       16 gantang      =            1 nalih (57.6 kilogram)

       10 nalih           =            1 kunca (576 kilogram)

Hanya gantang saja yang sering digunakan pada acara keraian di kampung seperti majlis kenduri bagi menyukat beras yang hendak dimasak atau di tanak.

Dengan penulisan saya ini,para pembaca dapat menambah pengetahuan dan mengenali sukatan lama yang jarang digunakan pada masa kini.Demi mengenali khazanah tinggalan nenek moyang kita agar tidak luput dek arus globalisasi

Thursday, January 07, 2010

Luahan Hati Seorang Ibu


Anak-anakku
Apa saja yang kau mahu
Segalanya terbentang di hadapanmu
Tanahmu subur
Bumimu kaya
Hidupmu makmur
Jasadmu merdeka....

Anak-anakku
Kelahiranmu ke dunia
Diberi nama
Pemergianmu jua
Bakal membawa nama
Sama ada hitam,putih atau kelabu
Akan disebut-sebut selalu hingga ke anak cucu
Makanya anak-anakku
Usahlah sekadar dibaluti kain putih
Pulanglah bersamamu membawa nama yang bersih....


 Anak-anakku yang disayangi
 Jika benar,akarmu bertunjang ke bumi
Kita tentu punyai keyakinan diri
Tiada kebimbangan di hati
Tentang dapur tidak berapi,periuk tidak berisi
Tentu jelas keperibadian sejati
Bukan di pagar tempatmu berdiri
Maju mundurmu tetap berpaksi....

Anak-anakku
Hidup kita sekadar perhitungan waktu
Yang datang pasti berlalu
Biar di mana pun kau berada
Di atas di tengah ataupun di bawah
Segalanya cuma sementara.....


Justeru sementara kau punya nama
Usah nanar dan gentar menyuarakan yang benar
Yang hitam tetap hitam
Putih tetap putih
Usah sampai engkau di kelirukan
Oleh kata-kata sejuta dalih
Usah biar diri ketakutan
Oleh sergahan-sergahan tok dalang terlatih
Melangkahlah anak-anakku dengan jujur dan tabah
Namamu Wira lafazmu Bismillah
Tewas menang biar di gelanggang
Genggam bara api biar menjadi arang
Menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan
Kelak harum namamu meniti zaman....

Hasil nukilan,
Bondaku '98

Friday, January 01, 2010

Salam 1 Malaysia 2010

Saya ingin mengambil kesempatan sempelna tahun baru 2010 ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010..
Dengan ini saya berharap anda semua berada dalam keadaan sihat sentiasa disamping ceria dengan kehidupan seharian.Hidup ini umpama roda yang sedang berputar dengan laju,kita tidak sentiasa berada di atas.Apabila kita berada di bawah kelak mestilah kita ingat bahawa hidup ini ialah pinjaman dari Maha Pencipta.Kita tidak haruslah berasa gundah-gulana tetapi kita perlu lebih menguatkan amal ibadat kita kepada Rabbul Ilahi.

Apabila kita berada di atas pula,kita tidaklah melupakan jasa orang di bawah kita yang bersama-sama bertungkus lumus demi memajukan syarikat,organisasi ataupun berniaga sendiri.Kita perlulah lebih mendekatkan diri kepadaNYA kerana rezeki yang diperoleh itu datang daripadaNYA.

Sayangi ALLAH,Nabi Muhamad s.a.w,Islam,keluarga,sahabat handai,rakan-rakan,jiran tetangga,saudara mara dan jangan ketinggalan iaitu diri kita sendiri.

Sekian,
Wassalam.