Wednesday, March 31, 2010

Perokok ada saham dalam pembunuhan saudara SEISLAM di Palestine.

Penulisan saya ada kali ini ditujukan khas buat perokok-perokok tegar di luar sana.Setiap batang rokok yang dihisap sedar atau tidak anda sebagai perokok merupakan pembeli peluru kepada pihak ISRAEL untuk menembusi dada ,kepala dan anggota badan lain buat saudara seislam kita di Palestine.Syarikat-syarikat rokok besar dunia seperti MARLBORO,BENSON & HEDGES,DUNHILL dan banyak lagi merupakan penyumbang dana utama kepada ISRAEL laknatullah.

gambar anak2 Palestine yang mati.

Sihir Menyebabkan Kepapaan dan Kekafiran.

Sihir juga disebut sebagai gangguan makhluk halus oleh sesetengah pengamal perubatan.Sihir terbahagi kepada tiga (3) iaitu dihantar,lintasan dan saka.Dalam ketiga-tiga kategori ini,lintasan mudah untuk disembuhkan jika dibandingkan dengan dihantar mahupun saka.


Maksud dihantar bukannya tertumpu ianya dihantar melalui terus,ada kes di mana sihir ini dihantar menggunakan elemen semulajadi iaitu angin.Jin merupakan egen utama yg membawa santau tersebut mengenai mangsanya.Santau juga ada pilihan bagi pemangsa mengupah dukun @ bomoh untuk menyantau mangsanya.Ada juga santau angin dan santau makanan.Kebiasaanya,santau angin selalu di gunakan oleh "pemangsa" bagi menyantau mangsanya kerana kaedah yang digunakan amat mudah dan ianya hanya perlu di hantar menggunakan angin jika dibandingkan dengan sautau makanan yang perlunya "pemangsa" meletakkan santau tersebut di dalam makanan yang hendak dijamah oleh mangsa. Biasanya,jika sihir menggunakan angin ialah santau angin yang amat merbahaya kepada mangsa yang terkena.Ada kalanya mangsa yang terkena santau ini bukannya mangsa yang sebenar,dia merupakan mangsa keadaan oleh kerana pada masa tersebut badan mangsa berada dalam keadaan yang tidak kuat atau tidak suci.


Saka ialah sesuatu benda yang di wariskan oleh waris kepada pewarisnya.Dalam merencanakan soal sihir ini,saka merupakan ilmu hitam yang digunakan oleh waris sejak beratus-ratus tahun dahulu dan diperturunkan kepada pewaris yang layak dan serasi dengan ilmu tersebut.Dahulunya,dari segi kesetiaan,saka yang digunakan oleh waris diturunkan kepada anak sulung yang dimana menampakkan kesetiaan seorang anak bagi mengambil apa yang mahu diperturunkan oleh ayahnya untuk melihat ayahnya melepaskan nafas terakhir dengan mudah.Sekarang ini,anak-anak sedah dihantar untuk mempelajari soal agama dan anak-anak tersebut tidak lagi mahu untuk menjadi pewaris kepada apa yang mahu diperturunkan oleh waris mereka.


Lintasan merupakan makhluk halus yang menumpang untuk mendiami badan seseorang tersebut.Kebiasaanya lintasan mudah untuk diubati jika dibandingkan dengan dihantar dan saka.Bagi sesetengah kes,lintasan makhluk halus ini boleh dilihat dengan mata kasar kerana mangsa tersebut akan kelihatan aneh dan ada kalanya mereka dilihat seperti orang tua yang membongkok,mempunyai rambut panjang yang mengurai dan lain-lain sedangkan pada relitinya tidak kelihatan.


Hasil kajian dan pemerhatian yang saya lakukan,sihir boleh menyebabkan kepapaan dan kekafiran mangsa yang terkenanya kerana mangsa sanggup berhabisan beribu-ribu ringgit bagi menyembuhkan diri selepas mencuba perlbagai cara moden dan menggunakan alatan moden untuk mengesan penyakitnya.Dari segi kekafiran tersebut ialah mangsa yang terkena sihir akan pergi berjumpa dengan perlbagai jenis ragam pengamal perubatan alternatif.Adakalanya pengamal perubatan ini menggunakan ilmu yang bertentangan dengan syariat ISLAM dimana boleh menyebabkan syirik kepada ALLAH s.w.t.Pesanan saya kepada "pemangsa" yang menjadikan mangsa sebagai pemuas nafsu yang didorong oleh syaitan yang menyebabkan akidah mangsa anda boleh terpesong dan anda telahpun menghampiri syirik dan sihir yang merupakan pecahan dosa-dosa besar sebagai seorang mukmin.Sudahlah dengan dosa sihir,syirik dan jika mangsa tersebut mati disebabkan oleh sihir yang digunakan dan membawa kepada maut,anda juga telah melakukan dosa sebagai seorang pembunuh.NAUZUBILLLAH.




Saya menyeru kepada penyihir,kembalilah anda kepada jalan yang benar dan agama yang hanya diterima oleh ALLAH S.W.T iaitu agama ISLAM.Tinggalkan amalan yang membawa kepada goyahnya akidah kita kepada ALLAH.Marilah bertaubat dan menyesali segala perbuatan yang telah kita lakukan dahulu.ALLAH azawajalla sentiasa menbuka ruang bagi umatnya memohom ampun.Sesungguhnya ALLAH S.W.T merupakan  maha pengampun lagi maha penyayang kepada makhluknya.